Susulan Video Fasih Mandarin.. Ini Pula ‘HABUAN’ Dari PM Buat Pegawai JPJ Bangga !!!

| September 21, 2017 | 0 Comments

Susulan Video Fasih Mandarin.. Ini Pula ‘HABUAN’ Dari PM Buat Pegawai JPJ Bangga !!! | MALAYSIA KINII – Selepas mendapat penghargaan dari Ketua Pengarah JPJ di Putrajaya. Nur Syafiqah Azaman yang tular kerana kepetahan bertutur dalam mandarin. Kali ini, giliran dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula.

Perdana Menteri memuji kepetahan Nur Syafiqah Azaman, 23, berbahasa Mandarin ketika membantu urusan dua penuntut dari Shandong, China di kaunter perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Memetik laporan China Press, kata Najib melalui Facebook beliau, pembantu pegawai penguat kuasa itu telah menunjukkan semangat 1Malaysia dan perlu dicontohi semua orang.

“Semua orang puji dia kerana fasih bahasa Mandarin. Dia telah menunjukkan semangat 1Malaysia kepada semua orang. Bagus!,” tulis perdana menteri yang dipetik dalam Facebook berbahasa Mandarin, ‘AhJib Gor’.

Kedua-dua pelajar terbabit iaitu Sun Wen Xuan, 18, dan Zhai Qin Xing, 19, yang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) dikatakan mahu membuat pertukaran nama hak milik kenderaan.

Namun disebabkan mereka tidak fasih bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, urusan berkenaan akhirnya dapat diselesaikan oleh Nur Syafiqah yang fasih berbahasa Mandarin. Inilah habuan boleh bertutur dalam bahasa lain.

Sumber : Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *