Inilah Punca SEBENAR Pasangan Diserbu Samseng Kayu Golf Buat Ramai GERAM !!!

| September 20, 2017 | 0 Comments

Inilah Punca SEBENAR Pasangan Diserbu Samseng Kayu Golf Buat Ramai GERAM !!! | MALAYSIA KINII – Changsha (China): Seorang lelaki cedera parah akibat dipukul sekumpulan samseng selepas isterinya menulis ulasan buruk terhadap makanan di sebuah restoran dalam talian.

 

Kejadian bermula pada minggu lalu, apabila seorang wanita dikenali sebagai Yu mempelawa rakannya bermain mahjong di kelab mahjong miliknya.

Dia kemudian memesan hidangan barbeku di satu aplikasi penghantaran makanan untuk menjamu rakan-rakannya.

Bagaimanapun, rakan-rakannya tidak menggemari makanan itu kerana rasanya yang kurang enak dan tidak segar.

Sehari selepas itu, Yu menulis ulasan negatif terhadap restoran di aplikasi itu dengan mendakwa dia tidak pernah memakan barbeku seteruk itu.

Tidak lama kemudian, Yu menerima satu panggilan telefon yang bertanya adakah dia yang menulis ulasan berkenaan dan wanita itu menjawab ya.

Pada malam hari yang sama, tujuh hingga lapan lelaki yang bersenjatakan kayu golf datang ke kelab mahjong berkenaan dan mengancam Yu.

Suami Yu cuba membantu isterinya tetapi dia dipukul di kepala dan badan hingga tidak sedarkan diri.

Lelaki itu kini dirawat di unit rawatan rapi akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, polis berkata, pemilik restoran berkenaan mengaku mengupah samseng untuk mengugut wanita itu kerana ulasannya menyebabkan perniagaannya merosot. – Agensi

Sumber : HarianMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *