Hukum Tolak Lamaran Daripada Lelaki Yang Baik? Berdosakah? Ini Jawapannya..

| September 27, 2017 | 0 Comments

Hukum Tolak Lamaran Daripada Lelaki Yang Baik? Berdosakah? Ini Jawapannya.. | MALAYSIA KINII – Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Timbul pula persoalan bagaimana sekiranya seseorang perempuan menolak lamaran daripada lelaki yang dipercayai baik agama dan akhlaknya? Apakah hukumnya berdosa di sisi Islam?

Inilah yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Hal ini kita boleh lihat ianya ada dinyatakan di dalam surah An-Nur ayat ke 26 yang bermaksud:

“Wanita yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.”

(Surah An-Nur : 26)

Timbul pula persoalan bagaimana sekiranya seseorang perempuan menolak lamaran daripada lelaki yang dipercayai baik agama dan akhlaknya? Apakah hukumnya berdosa di sisi Islam? Bahkan kita sering mendengar ada hadis yang melarang menolak lamaran daripada lelaki yang soleh. Hadis yang dimaksudkan itu adalah berbunyi seperti ini:

“Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang kepada kamu untuk meminang anak kamu, maka hendaklah kamu menikahkan orang tersebut dengan anak perempuan kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no. 1084)

Ini adalah dalil hadis yang biasa disebarkan daripada kalangan kita terutamanya golongan lelaki untuk membenarkan tindakan melamar seseorang perempuan dengan niat supaya lamarannya itu tidak ditolak oleh calon perempuan tersebut. Bahkan terdapat segelintir lelaki yang menggunakan hadis tersebut dan memaksa si perempuan berkahwin dengannya. Namun, benarkah pemahaman kita terhadap hadis tersebut?

Untuk wali, bukan untuk perempuan

Hadis yang dinyatakan di atas adalah hadis hasan daripada susunan Iman At-Tirmidzi. Ia telah dihasankan oleh Al-Imam Al-Albani dalam Al-Irwa’ no. 1868, Ash-Shahihah no. 1022. Hadis hasan bermaksud hadis yang berhubung atau bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir. Periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti hadis sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat. Hadis hasan adalah tingkatan hadis yang ada di bawah hadis sahih.

Namun jika diteliti dalam hadis di atas, ia sebenarnya ditujukan kepada wali iaitu bapa kepada si perempuan, bukan kepada perempuan itu sendiri. Jadi, jika ada perempuan yang dilamar oleh lelaki yang baik agama dan akhlaknya tetapi si perempuan tersebut tidak berkenan dengan lelaki soleh itu, maka tidak berdosa untuk menolaknya.

Tidak suka mungkin kerana fizikal, bukan agamanya

Jika seseorang wanita itu menolak lamaran, ia bukanlah bermaksud menolak agama atau akhlak lelaki tersebut. Mungkin yang menjadi sebab tolakannya ialah si perempuan tersebut kurang berkenan dengan rupa atau ciri-ciri fizikal yang ada pada si lelaki. Maka atas sebab ini, tidak berdosa untuk mereka menolak lamaran.

Dalam hal pernikahan, wali iaitu si bapa harus bertanyakan dulu kepada anak gadisnya kerana merekalah yang akan berkahwin dan menghabiskan sisa hidup bersama pasangannya kelak. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

“Tidak boleh menikahkan seorang janda sebelum dimusyawarahkan dengannya dan tidak boleh menikahkan anak gadis (perawan) sebelum meminta izin daripadanya. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mengetahui izinnya?” Beliau menjawab, “Dengan ia diam.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5136 dan Muslim no. 1419)

Berkahwin atas keredhaan bukan paksaan

Di antara kemuliaan yang Allah S.W.T. berikan kepada kaum perempuan setelah datangnya Islam adalah mereka mempunyai hak penuh di dalam menerima atau menolak suatu lamaran atau pernikahan, yang mana hak ini dahulunya tidak dimiliki oleh kaum perempuan di zaman jahiliah. Oleh sebab itu, tidak boleh bagi wali perempuan tersebut memaksa perempuan yang dia walikan untuk menikahi lelaki yang perempuan tersebut tidak senangi.

Menikahkan perempuan tersebut dengan lelaki yang mereka tidak suka bererti memberi kepadanya mudharat, baik mudharat duniawiah (dunia) mahupun mudharat diniah (keagamaan). Malah, salah satu syarat sah pernikahan juga adalah kedua-dua pasangan yang berkahwin mestilah saling redha-meredhai antara satu sama lain.

Kesimpulan

As Syeikh Shalih Bin Fauzan Bin Abdillah Al Fauzan seorang ulama besar pernah ditanya oleh seorang perempuan dengan pertanyaan menolak lamaran daripada lelaki telah menjawab:

“Apabila engkau tidak berhasrat untuk menikah dengan seseorang maka engkau tidaklah berdosa untuk menolak pinangannya, walaupun dia seorang lelaki yang soleh. Ini adalah kerana pernikahan dilangsungkan atas pilihan untuk mencari pendamping hidup yang soleh disertai dengan kecenderungan hati terhadapnya.

Namun apabila engkau menolak dia dan tidak suka padanya kerana perkara agamanya, sementara dia adalah seorang yang soleh dan berpegang teguh pada agama maka engkau berdosa dalam hal ini kerana membenci seorang mukmin, padahal seorang mukmin harus dicintai kerana Allah, dan engkau berdosa kerana membenci keteguhannya dalam memegang agama ini.

Akan tetapi baiknya agama lelaki tersebut dan keredhaanmu akan kesolehannya tidaklah mengharuskanmu untuk menikah dengannya, selama tidak ada di hatimu kecenderungan terhadapnya.”

Sumber : BaitulMuslim

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: Agama, Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *