Akibat Viral Cakap Mandarin, Inilah Tindakan SEGERA Ketua Pengarah Jpj Terhadap Pegawai Buat Ramai TERPANA !!!

| September 21, 2017 | 0 Comments

Akibat Viral Cakap Mandarin, Inilah Tindakan SEGERA Ketua Pengarah Jpj Terhadap Pegawai Buat Ramai TERPANA !!!  | MALAYSIA KINII – Selepas videonya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ), Nur Syafiqah Azaman dipanggil untuk bertemu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid di Putrajaya.

Pegawai Perhubungan Awam JPJ Perlis, Mohd Tarmizi Ghazali yang berkata, undangan itu merupakan satu penghormatan khususnya buat JPJ Perlis.

“Nur Syafiqah bertugas di kaunter pendaftaran kenderaan. Beliau akan berhadapan terus dengan pelanggan.

“Apabila dapat menyelesaikan tugas dan membantu pelanggan, ia adalah kejayaan buat kami. Selepas video itu tular, ia secara tidak langsung memberikan imej yang lebih baik buat JPJ,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Nur Syafiqah dijangka bertemu Shaharuddin pada hari esok.

Terdahulu, Nur Syafiqah, 23, menjadi sebutan apabila video yang dirakam salah seorang pegawai JPJ tular di media sosial.

Nur Syafiqah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon pelajar berkenaan.

Video berdurasi satu minit 38 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan apabila Nur Syafiqah fasih bercakap Mandarin.

Katanya, ketika itu dua pelajar terbabit iaitu Sun Wen Xuan, 18, dan Zhai Qin Xing, 19, yang mendakwa menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang kewangan dan pengurusan perniagaan masing-masing, mahu membuat pertukaran nama hak milik kenderaan.

“Mereka berdua baru saja membeli sebuah kereta untuk kegunaan di negara ini. Namun, ketika berurusan di kaunter, saya perhatikan mereka tidak boleh berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris juga tersekat-sekat.

“Jadi saya terpanggil untuk membantu dan memberi sedikit penerangan mengenai prosedur yang perlu dilakukan oleh mereka termasuk di PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dalam bahasa mandarin. Syukur mereka boleh memahaminya dengan jelas,” kata gadis berasal dari Changlun, Kedah dan berdarah kacukan Cina dari sebelah ibunya ketika ditemui petang semalam.

Nur Syafiqah berkata, dia mahir berbahasa Mandarin apabila belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yit Min, Changlun selain ibunya yang berbangsa Tionghua turut mengajarnya di rumah sejak kecil.

“Ibu saya memang seratus peratus berbangsa Cina dan kini seorang tukang jahit di Changlun. Ibu memang banyak mengajar saya bercakap bahasa Mandarin,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali berkata, kehadiran Nur Syafiqah di JPJ Perlis adalah satu penghargaan dan kelebihan kepada jabatan itu.

Sumber : Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *