Inilah SEBAB Mengapa Bayi Baru Lahir Tak Dimandikan Segera Walaupun Dlm Keadaan Kotor !!!

| August 9, 2017 | 0 Comments

Inilah SEBAB Mengapa Bayi Baru Lahir Tak Dimandikan Segera Walaupun Dlm Keadaan Kotor !!! | Anda pernah melihat bayi dilahirkan di hadapan mata anda? Atau mungkin di dalam televisyen? Pasti anda pernah terperasan dengan cecair putih yang menyelaputi bayi yang baru dilahirkan. Tahukah anda sebenarnya cecair tersebut sebenarnya memiliki fungsi yang tersendiri?

Cecair tersebut dikenali sebagai vernix caseosa dan ia sebenarnya memiliki fungsi tertentu bagi bayi. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai cecair ini dan beberapa alasan penting mengapa cecair ini dibiarkan pada tubuh bayi beberapa ketika sebelum ia dibersihkan.

1. Perlindungan bayi:

Semasa kulit bayi sedang tumbuh di dalam rahim, ia dilapisi dengan lapisan tebal berwarna putih, seperti keju yang dipanggil vernix caseosa. Fungsi utamanya ialah untuk membantu melindungi kulit halus bayi dari asid cecair amniotik dan untuk membantu mencegah jangkitan ke atas bayi.

2. Pelembap bayi:

Vernix juga merupakan produk kecantikan pertama bayi anda! Bahan tebal ini bertindak untuk melindungi kulit bayi daripada kesan pengeringan cecair amniotik. Tanpa verniks, bayi a anda akan kelihatan seperti prun yang berkedut.

3. Sebagai pelincir:

Lendir licin ini juga berfungsi sebagai pelincir, membantu bayi meluncur keluar dengan sedikit lebih mudah.

4. Sebagai selimut pertama bayi:

Lapisan seperti keju ini juga berfungsi sebagai pemanas bagi bayi, bayi yang lebih hangat, penebat bagi badannya dan mengekalkan suhu yang sesuai dan selesa di dalam uterus.

5. Kerana bayi adalah manusia:

Manusia adalah satu-satunya makhluk yang lahir dengan diselaputi vernix.

6. Ia meresap bunyi:

Walaupun bayi boleh mula mendengar suara pada kira-kira minggu ke-25, bunyi sangat sayup kerana telinganya ditutup dengan verniks yang berfungsi sebagai ‘perisai’ bunyi.

7. Ada bayi yang mungkin tiada vernix:

Berlaku apabila bayi dilahirkan lebih lambat daripada yang dijangkakan. Verniks mungkin kurang atau hilang sepenuhnya. Hal ini kerana ia mungkin telah diserap ke dalam cecair amniotik.

8. Anda boleh membiarkannya:

Jangan terlalu cepat untuk mengelap cecair tersebut dari kulit bayi anda yang baru lahir. Penyelidikan menunjukkan bahawa membersihkan vernix tidak perlu atas alasan untuk kebersihan, dan vernix sebenarnya merupakan antibakteria dan penyembuhan bagi luka. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menasihatkan supaya bayi dimandikan hanya selepas 24 jam.

9. Ia tidak selalu putih:

Sekiranya verniks bayi yang baru lahir bukanlah putih berkrim, tetapi berwarna coklat kekuningan atau hijau, itu adalah petunjuk yang baik bahawa bayi anda sudah melepasi meconium (najis bayi pertama).

10. Ia terdapat dalam lipatan:

Jangan terkejut jika anda mendapati bahan melekit ini tersembunyi di punggung bayi dan celah bayi. Perlahan-lahan lap cecair tersebut.

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Inilah 8 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh Mesin !!!
P.S. 2 – Pelik Perut Ikan Jerung Membesar..Apa Sebenarnya Dalam Perut Pastinya Buat Anda Semua Terkejut !!!
P.S. 3 – Yang Ada Adik Beradik..! Mohon Baca Ni..!! Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!
P.S. 4 – Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Yang Ramai Tak Tahu.. Kongsikan Pada Rakan-Rakan Anda Untuk Kebaikan Bersama..
P.S. 5 – Apabila Memotong Nanas, Usah Buang ‘Bahagian Atasnya’..Ini Sebabnya…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *