Ramai TERKEJUT Bila Tau Siapa SEBENARNYA Tukang Sapu Ini Yg Ada Aset Jutaan Ringgit !!!

| July 2, 2017 | 0 Comments

Ramai TERKEJUT Bila Tau Siapa SEBENARNYA Tukang Sapu Ini Yg Ada Aset Jutaan Ringgit !!! | Jika anda sudah kaya raya dan mempunyai banyak wang, mungkinkah terfikir di benak anda untuk melakukan pekerjaan yang tergolong dalam kategori “kerja kelas bawahan”?

Jawapan rasional yang paling banyak mungkin adalah TIDAK, seperti hal itu jugalah jawapan kami sekiranya diajukan pertanyaan seperti itu.

Namun Yu Youzhen, seorang usahawan hartanah di China, mempunyai pendirian yang berbeza. Berdasarkan data pada tahun 2008, wanita berusia 56 tahun ini memiliki 17 aset bernilai sehingga $1.5 dollar (RM6.44 juta)!

Meskipun sudah menjadi seorang jutawan, Yu Youzhen tetap melakukan pekerjaan yang dilakukannya sejak tahun 1998 iaitu sebagai tukang sapu di jalanan.

Setiap hari, Yu Youzhen akan bangun jam 3 pagi dan mulai menyapu jalanan sepanjang 3.2 kilometer! Dia bekerja 6 hari seminggu dengan gaji sekitar $228 (RM979).

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa orang kaya seperti Yu ini yang mampu untuk duduk bersantai di rumah sahaja memaksa dirinya bekerja sebagai tukang sapu yang mana gajinya tidaklah sepadan dengan nilai kekayaannya. Jawapan yang diberikan Yu ini pasti akan membuat anda terpegun!

“Saya mahu menjadi contoh kepada anak-anak saya. Saya tidak mahu hanya duduk bersantai dan menghabiskan kekayaan yang saya miliki” – Yu Youzhen.

Itulah jawapan Yu apabila dia ditemu bual oleh Wuhan Evening News, sebuah akhbar tempatan di China. Yu juga dikatakan telah menolak tawaran bekerja di tempat lain agar dia boleh terus melakukan pekerjaan yang dilakukannya sejak tahun 1998 ini.

“Bekerja itu bukan soal gaji, tapi ia membuatkan seseorang itu fokus. Kemalasan akan mengundang banyak tabiat buruk” – Yu Youzhen.

Kedua-dua orang anak Yu kini sudah bekerja dengan gaji bulanan tetap. Katanya, dia akan melepaskan kesemua hartanah yang dimiliknya sekiranya anak-anaknya itu berhenti dari pekerjaan mereka.

Sejak kisahnya tersebar, ia menjadi topik hangat di media dan menjadi tajuk perbualan netizen baik di China, mahupun di seluruh dunia.

Di negaranya sendiri, Yu dianggap sebagai simbol kerja keras warga China. Dia sudah terbiasa hidup susah sejak dahulu dan tidak ingin anak-anaknya menjadi malas serta manja, kerana itulah dia tidak mahu berhenti bekerja sebagai penyapu jalanan di China.

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!
P.S. 2 – Insha Allah Berkesan..Doa Dan Amalan Untuk Menyembuhkan Penyakit Rabun Mata…Sebarkan Moga Bermanfaat
P.S. 3 – TAKSUB Dengan Jus Kesihatan Ini..Doktor Dedah 5 Kes Penyakit Yg Paling Kerap Berlaku !!!
P.S. 4 – Lelaki Ini Minum 10 Tin Minuman Bergas Sehari Selama Sebulan..Ramai TERKEJUT Apa Jadi Pada Badannya !!!
P.S. 5 – Mengapa MASJID INI Dinamakan Masjidil Haram? Mengapa Bukan Masjidil Halal? Ini Penjelasan nya..

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *