Penduduk Kondominium PANIK Disangka Gadis Nak Bunuh Diri..Rupa-Rupanya..

| May 25, 2017 | 0 Comments

Penduduk Kondominium PANIK Disangka Gadis Nak Bunuh Diri..Rupa-Rupanya.. | Salah sangka! Itu yang berlaku apabila penduduk kondominium Centrestage, Seksyen 13, di sini, terkejut sejurus melihat seorang gadis cuba membunuh diri dengan duduk di koridor tingkap.

Bagaimanapun, ‘mangsa’ yang diselamatkan anggota bomba sebaliknya mendakwa hanya duduk berehat sambil mengambil angin malam.

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, penduduk di kediaman itu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala, di sini.

Difahamkan gadis itu, Vuong Thi Huang, 23, dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum laporan dibuat.

 Ketua BBP Jalan Penchala Mohammad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.38 malam dan sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, wanita itu berada di ruangan koridor sebelum anggota bomba pergi ke rumah sewa gadis itu,” katanya.

Menurutnya, gadis itu kelihatan terpinga-pinga sejurus melihat anggota bomba.

Katanya, wanita itu memberitahu dia sedang mengambil angin malam dan duduk di koridor untuk berehat.

“Wanita itu menyewa bilik di rumah berkenaan dan tidak menyangka perbuatannya mendatangkan masalah kepada semua pihak,” katanya.

Kredit : Eberita

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *