Inilah Teguran Mufti Kepada Ibu Bapa Yg Mengambil Mudah Dgn Hukum Kongsikan Gambar Janin Di Media Sosial !!!

| April 19, 2017 | 0 Comments
Inilah Teguran Mufti Kepada Ibu Bapa Yg Mengambil Mudah Dgn Hukum Kongsikan Gambar Janin Di Media Sosial !!! | Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung. Apakah hukum share gambar scan perut tersebut di media sosial? Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit,inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada disebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat. Jazakumullah Dr.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt, Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran.
Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan­sangkaan manusia. Walaubagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah. Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat. Wallahua’lam.
Oleh: Sahib Al-Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)
AL­KAFI LI AL­FATAWI : SOALAN 417
 

P.S. 1 – Inilah 8 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh Mesin !!!
P.S. 2 – Pelik Perut Ikan Jerung Membesar..Apa Sebenarnya Dalam Perut Pastinya Buat Anda Semua Terkejut !!!
P.S. 3 – Yang Ada Adik Beradik..! Mohon Baca Ni..!! Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!
P.S. 4 – Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Yang Ramai Tak Tahu.. Kongsikan Pada Rakan-Rakan Anda Untuk Kebaikan Bersama..
P.S. 5 – Apabila Memotong Nanas, Usah Buang ‘Bahagian Atasnya’..Ini Sebabnya…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *