VIRAL Tinggal Anak Kat Hospital..Inilah Punca Ibu Bapa Tinggalkan Anak Berusia 3 Tahun Dalam Hospital !!!

| March 12, 2017 | 0 Comments

VIRAL Tinggal Anak Kat Hospital..Inilah Punca Ibu Bapa Tinggalkan Anak Berusia 3 Tahun Dalam Hospital !!! |Baru berusia tiga tahun, seorang kanak-kanak terpaksa mengharungi liku hidup seorang diri selepas ditinggalkan ibu bapanya di Hospital Umum Sarawak (HUS) disebabkan kesempitan kewangan untuk menampung kos rawatan kanak-kanak itu.

Kisah kanak-kanak dikenali dengan panggilan ‘Dani’ terbabit yang menghidapi jangkitan paru-paru kronik dan ditinggalkan ibu bapanya di wad kanak-kanak HUS di sini menarik perhatian selepas tular di laman sosial Facebook sejak kelmarin.

Ramai di kalangan pengguna Facebook menyuarakan keprihatinan terhadap nasib kanak-kanak tersebut yang kini diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Kisah kanak-kanak itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dipetik berkata, kanak-kanak itu memerlukan keluarga angkat yang mampu menjaganya selepas ditinggalkan oleh kedua-dua orang tuanya di situ.

“Apapun, mohon maaf sekiranya ada ahli keluarga atau sanak saudara Dani yang mungkin sudah baca ‘post’ ini, berharap keluarga Dani terbuka hati untuk mengambil balik Dani dan memberi kasih sayang yang sebenar.

“Kanak-kanak ini memerlukan kasih sayang ibu dan bapa, kita berdoa supaya adik Dani dipermudahkan urusannya,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook semalam.

Sementara itu, Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching Dr Chin Zin Hing mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut pesakit yang menerima rawatan di situ.

“Ya, kanak-kanak ini memang pesakit kita dan segala urusan berkaitan kanak-kanak ini diuruskan oleh JKM kerana dia di bawah jagaan dan perlindungan JKM,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat HUS di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihat orang ramai yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat boleh menggunakan saluran yang betul menerusi JKM.

“Bagi saya perkara seperti ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan seperti JKM daripada ia ditularkan,” jelasnya.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan JKM Sarawak.

Beliau menjelaskan, pegawai perlindungan JKM akan mengambil peranan setelah kanak-kanak berkenaan disahkan sihat dan dibenar keluar oleh pihak HUS.

“Malah, kita juga telah dimaklumkan bahawa keluarga kanak-kanak tersebut ada hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching untuk berbincang mengenai perkara ini. Ibunya tidak lagi berupaya untuk menjaga kanak-kanak ini kerana masalah sosial dan ekonomi beliau sendiri.

“Pihak PKMB Kuching berusaha mencari orang yang layak sara (OYLS) yang bersedia menerima kanak-kanak ini. Jika tiada OYLS, pihak kita terpaksa menerima kanak-kanak ini ke institusi untuk penjagaan,” katanya.

Justeru, Fatimah menasihat pasangan yang telah berkahwin yang tidak dikurniakan cahaya mata serta berkemampuan, menerima kekurangan kanak-kanak tersebut dan berhasrat mengambilnya, tampil segera ke PKMB Kuching.

“Jika pasangan ini layak kita akan atur majlis angkat sumpah di Pejabat Daerah Kuching bersama keluarga kandung kanak-kanak ini agar kanak-kanak ini mendapat jagaan yang sebaiknya,” ujarnya.

Sumber : UtusanBorneo

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *