VIRAL Dakwaan Taktik Cabul & Rog#ol Di Pulau Perhentian, Ini Penjelasan Dari Pihak Berkuasa !!!

| March 23, 2017 | 0 Comments

VIRAL Dakwaan Taktik Cabul & Rog#ol Di Pulau Perhentian, Ini Penjelasan Dari Pihak Berkuasa !!! | Semalam viral apabila seorang wanita berkongsi kisah mendakwa pemandu pelancong di Pulau Redang dan Pulau Perhentian melakukan aktiviti tidak bermoral. Paling menakutkan apabila wanita ini turut berkongsi anak muda tempatan cuba mengambil kesempatan terhadap pelancong wanita termasuk menyalit minyak dagu.

Terbaru, pihak polis Kuala Besut hari ini menafikan laporan berita yang tular di media sosial mengenai pelancong wanita diro#gol atau dic#abul oleh pemandu pelancong di Pulau Perhentian dan Pulau Redang di sini.

“Hanya ada satu sahaja kes seorang wanita Iban yang mendakwa dia dir#ogol oleh pemandu bot di Pulau Perhentian, itu pun pada tahun lepas.

“Namun setelah disiasat, dakwaan itu tidak benar kerana wanita itu tidak dapat memberikan bukti kukuh,”

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi mengatakan pihak beliau tidak pernah menerima sebarang laporan daripada mana-mana pelancong wanita tempatan atau asing yang berkunjung ke Pulau Perhentian berkaitan dakwaan tersebut.

“Tuduhan ini tidak boleh sewenang-wenangnya dilemparkan kepada pemandu pelancongan kerana kebanyakan mereka merupakan penduduk tempatan.

“Mustahil untuk mereka melakukan kegiatan yang boleh menutup periuk nasi mereka sendiri,”

Pengerusi di Pulau Redang yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan Pulau Redang itu menganggap wanita yang mendakwa itu berkemungkinan tidak berpuas hati terhadap layanan diberi sehinggakan sanggup mereka cerita.

“Pada saya sekiranya berlaku unsur seperti yang disebutkan itu, semestinya laporan polis telah dibuat,” katanya.

“Saya juga anggap ia sabotaj kepada industri pelancongan di Pulau Redang yang saban tahun meriah dikunjungi pelawat tempatan dan asing,”

Kes ini akan segera disiasat dengan penulis sebenar laporan berita itu kerana dakwaan sedemikian boleh menjejas kemeriahan Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT 2017) yang sedang berlangsung.

Justeru itu pihak polis mengharapkan agar semua orang tidak perlu khuatir terutama buat pelancong wanita yang ingin ke Pulau Perhentian.

Sumber : Astro Awani

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *