Viral Si Buta Dengan Anak..Ramai Terkejut Bila Tau Identiti Sebenar Dia !!!

| January 9, 2017 | 0 Comments

Viral Si Buta Dengan Anak..Ramai Terkejut Bila Tau Identiti Sebenar Dia !!! |KUALA LUMPUR: Gambar yang memaparkan seorang bapa yang cacat penglihatan dan sedang mendakap anaknya ketika berada di dalam pengangkutan awam menarik perhatian pengguna internet, baru-baru ini.

Gambar lelaki berkenaan bersama anaknya itu di muat naik seorang pengguna Facebook Neena Anuar pada 5 Januari lalu yang sehingga kini dikongsi lebih 9,970 penguna Facebook, yang rata-rata melahirkan perasaan kagum terhadapnya.

Menurut Neena, gambar dua beranak itu dirakam oleh suaminya ketika mereka menaiki tren pada Khamis lalu dan tertarik dengan gelagat lelaki berkenaan yang melayan anaknya, sambil sedang sarat membawa barangan lain di tangannya.

“Ya Allah, sangat menyentuh hati tengok gambar ini. Kasih seorang yang yang cacat penglihatannya. Anak dia tampak sempurna dan comel sangat.

“Tetapi pada masa sama aku berasa sedih dan kecewa. Kecewa dengan segelintir golongan insan yang cukup segala sifat, tetapi mereka malas berusaha. Malah, lebih mengecewakan apabila mereka sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak kecil mereka yang cukup sifatnya,” demikian tulis Neena di laman Facebooknya.

Berdasarkan gambar, lelaki kelainan upaya itu dilihat sedang duduk di kerusi sambil memegang erat anaknya, selain membawa sebuah beg yang dipercayai untuk kegunaan asas dan keperluan anaknya.

Rata-rata pengguna Facebook melahirkan rasa kagum terhadap sikap dan kecekalan lelaki berkenaan, selain berhasrat untuk mendapatkan maklumat pemuda itu bagi menghulurkan bantuan.

Semakan di laman Facebook, pemuda itu dikenali sebagai Firdaus Hairi dan Malaysian Digest telah menghubungi beliau untuk mendapatkan respon berhubung isu ini, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Bagaimanapun, kemaskini yang dimuat naik di laman Facebook Alfitrah Braille Quran Initiative menyatakan bahawa Firdaus adalah salah seorang kakitangan di syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan dientri tersebut, setiap hari Firdaus akan membuat perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk ke tempat kerja dan menghantar anaknya ke pusat asuhan dalam perjalanan tersebut.

Firdaus, yang dilahirkan cacat penglihatan merupakan seorang penghafal al-Quran dan juga individu yang berkebolehan menyemak kesilapan dan membuat pembetulan bagi al-Quran versi Braille yang diterbitkan oleh syarikat Alfitrah Braille Quran Initiative.

Malah, Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik menerusi laman Instagramnya turut memuat naik gambar Firdaus dan anaknya.

Kredit : Malaysian Digest

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *