(3 GAMBAR) Akibat Derhaka Kepada Ibu, Mayat Anak Perempuan Jadi Batu Menggemparkan Ramai !!!

| January 22, 2017 | 0 Comments

(GAMBAR) Akibat Derhaka Kepada Ibu, Mayat Anak Perempuan Jadi Batu Menggemparkan Ramai !!! | gempar apabila seorang anak perempuan jadi batu akibat derhaka kepada ibu kandungnya,masyarakat di Dusun Jublek, Desa Napis, Kecamatan Tambakrejo, Kabupaten Bojonegoro, terkejut dengan penemuan mayat di dalam peti. Yang lebih menghairankan l lagi, mayat tersebut telah mengeras seolah-olah diawetkan bertahun-tahun lamanya.

Sebenarnya mayat seorang wanita ini telah disumpah oleh ibunya kerana telah menderhaka terhadap ibu sendiri.


Maklumat ini yang diperolehi melalui Berita Jatim di lapangan, Kamis (20/8/2009) menyebutkan, mayat tersebut ditemukan warga di salah satu rumah kosong di tengah hutan jati sekitar desa setempat.

 

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan yang diwarisi turun-temurun, akan tetapi ianya merupakan tuntutan syara‘. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu ‘ain. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu ‘ain maka setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri, dan perkara berbuat baik kepada keduanya itu bukanlah suatu yang boleh diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya. Tuntutan ini banyak dijelaskan melalui dalil-dalil syara‘, di antaranya sebagaimana terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

(Surah Al-Israa’, ayat 23-24)

Di dalam ayat yang lain Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang tafsirnya :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”

(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

Sementara dalil-dalil yang terdiri daripada hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menegaskan tentang perkara ini, di antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang maksudnya :

“Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Beliau menjawab: “Ya”, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).”

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadits di atas memberi petunjuk hukum bahawa berbuat baik kepada kedua ibu bapa itu adalah lebih diutamakan berbanding tuntutan berjihad pada jalan Allah, kerana berjihad pada jalan Allah itu merupakan tuntutan fardhu kifayah (apabila sebahagian orang melakukannya maka gugurlah tuntutan kepada sebahagian yang lain), sedangkan berbuat baik dengan kedua ibu bapa itu merupakan tuntutan fardhu ‘ain, di mana setiap orang mesti melakukannya. Fardhu ‘ain lebih kuat atau lebih tegas tuntutannya berbanding fardhu kifayah. Oleh itu wajib bagi setiap orang berbuat ihsan kepada kedua ibu bapanya. Kredit EBerita

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Ngeri

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *