Cuti Tanpa Rekod Jika Anak Dijangkit Penyakit Berjangkit, Berita Baik Buat Penjawat Awam !!!

| December 26, 2016 | 0 Comments

Cuti Tanpa Rekod Jika Anak Dijangkit Penyakit Berjangkit, Berita Baik Buat Penjawat Awam !!! |SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Bermula 1 Januari 2017, kakitangan awam dibenarkan memohon cuti tanpa rekod selama lima hari jika anak-anak mereka menghidap penyakit berjangkit seperti demam denggi berdarah atau campak dan perlu dikuarantin, lapor mStar Online.

Selain itu, mereka juga akan dibenarkan bercuti untuk menjaga anak-anak yang dijangkiti penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD), cacar air, difteria dan malaria.

“Ibu bapa akan dibenarkan untuk mengambil cuti sehingga lima hari selagi kanak-kanak itu berusia bawah 18 tahun atau bawah 21 tahun jika mereka masih mengikuti pengajian peringkat tinggi,” kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Bagaimanapun, had umur itu tidak terpakai sekiranya kanak-kanak yang sakit itu cacat dari segi fizikal atau mental.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat bagi membolehkan ibu bapa dapat bersama dan menjaga anak-anak yang sakit. Ibu bapa boleh memohon cuti untuk tempoh masa yang lebih lama jika kanak-kanak itu masih diperakui sebagai sakit selepas tempoh lima hari itu.

Pemeriksaan perubatan boleh dilakukan sama ada di hospital kerajaan atau swasta. – The Reporter

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *